Aktiviti Fonik Jom Membeli Belah images

Aktiviti Fonik Jom Membeli Belah

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Salam pagi jumaat yang barakah. Hari terakhir sebelum bermulanya cuti sekolah bersambung pula dengan raya haji. Pastinya macam-macam planning sedang bermain di fikiran anak-anak kita. Hari ni saya nak kongsikan aktiviti fonik jom membeli belah. Aktiviti ni memang seronok dan anak-anak pun mesti suka.

Bagi anak-anak yang baru pandai membaca, ibubapa berikan senarai memberli belah kepada mereka. Senarai list ni boleh je google dan print untuk anak. Sediakan kertas dan pen pelbagai warna.

Langkah 1. Mari kita pergi ke dapur, jom selongkar , anak-anak kita cukup suka aktiviti selongkar ni.

Langkah 2. Galakkan anak menulis barang yang perlu dibeli. Bantu anak untuk mengeja dengan betul. Aktiviti ini sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar ‘convert’ bunyi kepada nama huruf. Beri peluang anak mengeja sebelum atau sambil menulis. Bantu anak mengeja secara santai. Adalah normal untuk anak-anak fonik mengeja menyebut bunyi dan juga nama huruf bercampur-campur pada peringkat transisi ini.

Sekiranya anak anda masih belum dilatih untuk convert bunyi, biarkan dia mengeja dengan menyebut bunyi sahaja.

Langkah 4. Galakkan anak membaca kuat tapi bukan menjerit senarai barang tadi. Diingatkan ibubapa, berikan pelukan dan pujian diatas kerja keras anak tadi. Anak akan terasa lebih dihargai.

Ok. jom pergi memberli belah. Jangan lupa bawa senarai tadi. kita sambung pula bermain mencari barang di pasaraya nanti.

Selamat mencuba. sumber readnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: