Jadi biasa kita dengan soalan Anak Bermain, Rumah Bersepah, Macamana Nak Buat images

Anak Bermain, Rumah Bersepah, Macamana Nak Buat

Assalammualaikum dan Selamat pagi Ibubapa hebat semua. Semoga semua dalam keadaan sihat semua. Macamana dengan cuti sekolah ? Hari ni saya nak kongsikan info tentangĀ Anak Bermain, Rumah Bersepah, Macamana Nak Buat.

Pada saya perkara biasa kalau ada anak kecil, rumah akan jadi bersepah. Tak kisah lah permainan mahupun kertas-kertas ataupun buku. Sebenarnya anak-anak ni sedang belajar mengembangkan daya imaginasi dan meneroka apa yang ada disekeliling mereka. Jadi biasa kita dengan soalan Anak Bermain, Rumah Bersepah, Macamana Nak Buat.

Bagi saya bila anak-anak bermain, saya akan tetapkan peraturan sebelum bermain. Jika mahu bermain perlu berjanji akan mengemas kembali. Disinilah kita pula memainkan peranan. Pantau juga anak-anak apabila mereka sedang bermain.

Kalau saya setakat kertas , kaler bersepah, dinding diconteng, buku berterabur, mainan bersepah itu perkara biasa dan normal. Kita pun boleh join sekali merwarna, kalau main lego boleh join juga sekali. Lepas tu sama-sama kemaskan balik. Lama-lama anak akan biasa mengemas kembali.

Bagi yang suka conteng dinding tu, saya dan suami biasanya akan catkan dinding dengan cat kalis air, jadi boleh je padam, tak pun cat je lah balik. itu cara saya lah ye. Boleh juga tampalkan satu sudut dengan pelekat whiteboard. Jadi anak-anak boleh menconteng disitu.

Memang seronok tengok rumah sentiasa kemas dan teratur tetapi pada saya memori anak meneroka itu pengalaman yang lebih indah. Percayalah bila anak dah mula meningkat remaja, ibubapa pasti akan teringat kembali memori ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: