Bengkel Seronok Belajar di Rumah, Kuantan images

Bengkel Seronok Belajar di Rumah, Kuantan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ibubapa cemerlang semua. Sekejap sahaja kita dah hampir berada dipenghujung tahun kan. Masa berlalu begitu pantas sekali. Teratakmukmin pun baru je 2 hari lepas adakan program Bengkel Seronok Belajar di Rumah, Kuantan oleh Mama Q.

Mama Q kata orang Kuantan pun sporting jugak sama macam kat Melaka hari tu. Seronok je rasa nak berkongsi ilmu sebab Mama Q tak rasa macam bercakap sorang-sorang sambil “krik krik..” Bila pandang muka adik-adik ada rasa dihargai.

Nampak kesungguhan ibu dan anak sama-sama nak siapkan semua sesi DIY. Masa mungkin terhad sebab nak buat banyak benda dalam masa 2 jam 30 min. Perlu dikurangkan aktivitinya kata mama Q.

Cuma masa sesi DIY “crayon bath” tu ada rasa bersalah sebab ada 2 peserta tak dapat sabun yang dah siap sagat. Maaf ye sebab masih teringat penyertaan 24 orang rupanya semalam dah bertambah jadi 31 peserta cilik.

Saya kongsikan gambar-gambar sicilik dengan aktiviti semalam.

Anak-anak cilik seronok dapat siapkan robot kotak

Buat kad ucapan, siap ada bau wangi lagi..best tau..nanti dah ada idea untuk hari ibu.

Tada…dapat hadiah lagi..seronok betul ibu-ibu dan anak-anak cilik ni

Banyak lagi aktviti sampai rasa masa tak cukup.

TAPI nak bagitau juga memang untung sangat-sangat datang Bengkel Seronok Belajar di Rumah, Kuantan hari ni sebabnya :

✅ Peserta bawak balik sijil penyertaan dan 4 hasil DIY hari ni dengan yuran yang cukup murah .
✅ Ada bagi diskaun crazy sale untuk pembelian buku-buku Mama Q.
✅ Semua peserta dapat hadiah dari Mama Q dan penganjur Teratak Mukmin. Ini tak termasuk dalam yuran tau. Ikhlas nak bagi ni.

Teratakmukmin nak ucapkan terima kasih ada Mama Q dan semua Ibu-ibu serta anak-anak cilik yang datang..In sha Allah nanti kita susun pula program untuk tahun depan ya.

Semoga Ibu-ibu mendapat ilmu dan panduan untuk Seronok Belajar di Rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: