Anak Membaca Awal Dengan Set Bacalah Anakku

Alhamdulillah, sudah sangat ramai ibu bapa yang menyedari kepentingan mengajar anak membaca seawal usia 3 tahun. Hari ni saya nak kongsikan bagaimana nak Anak Membaca Awal Dengan Set Bacalah Anakku.

Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik. Ianya terdiri daripada :

8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,
12 Keping Kad Imbas

Nasihat saya kepada ibubapa yang mahu menggunakan Set Bacalah Anakku, digalakkan untuk menghadiri kursus asas bacalah anakku yang dianjurkan oleh TeratakMukmin bersama Pengasas Set Bacalah Anakku, Puan Nik Eliani.

Banyak Ilmu dan panduan yang akan diperolehi nanti. Bagi yang sudah membeli set membaca ini, pastikan Ibubapa membaca buku Panduan Mengajar yang disertakan.

Ibubapa boleh mulakan dengan mengajar Buku 1 dalam set bacalah anakku. Sebelum mula mengajar anak, baca dulu Panduan mengajar untuk buku 1. Setiap buku disertakan panduan mengajar di permulaan buku sebgaai rujukan untuk ibubapa.
Pastikan Ibubapa mengajar menggunakan teknik yang betul ya…

Ibubapa digalakkan meluangkan masa bersama anak diantara 15 minit – 30 minit sehari ajar anak anda membaca menggunakan set membaca ini..ianya bergantung juga kepada tahap penerimaan anak.

Yang penting istiqomah dan berterusan…paling sikit pun seminggu 3 kali dan 15 minit setiap sessi pun sudah memadai.Lagi rajin ibubapa mengulangkaji bersama anak anda, lagi cepat anak boleh membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: