Ajar anak kenal Al Quran dengan Pakej Bestari Al Furqan

Assalammualaikum Ibubapa semua. Mencorak dan memulakan pendidikan akhlak, sahsiah sebenarnya bermula dari rumah, kita ibubapa yang mencoraknya. Pendidikan Al Quran adalah asas yang utama dalam mendidik anak-anak. Ianya adalah benteng utama dizaman yang penuh pancaroba ini. Saya kongsikan bagaimana Ajar anak kenal Al Quran dengan Pakej Bestari Al Furqan.

BIasakan dari kecil lagi mendengarkan anak-anak dengan ayat-ayat al quran. Dimasa tidur pasangkan cd-cd yang ringkas dengan aluna ayat-ayat al quran. Begitu juga apabila berada didalam kereta, pasangkan surah-surah yang pendek, in sha Allah anak-anak akan mula menghafalnya.

Bagi Ibubapa yang sibuk boleh dapatkan alat bantuan belajar Pakej Bestari Al Furqan. Ianya boleh digunakan seawal usia 2 tahun lagi.

Pakej Bestari ini mengandungi 8 produk :

1.Set Buku Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
-set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak.
-pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1

2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
-Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi
-manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak

3.Kad Imbas Al-Furqan
-kad yg membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan.Huruf yg besar pada akd imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan

4.Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2
Buku ini adalah bahan sokongan semasa anda mengajar anak anak menggunakan set alfurqan, ada latihan untuk mengukuhkan lagi kefahaman anak-anak

5.Muqaddam Bertajwid Al-Furqan
-setelah anak anda habis Buku 4 dalam set alfurqan, anda boleh mula mengajar anak anda Muqaddam untuk memastikan bacaannya lancar

6.Tajwid Al-Furqan
-sambil-sambil ajar anak muqaddam, anak-anak anda juga boleh belajar tajwid menggunakan buku ini

7.Poster Makhraj Huruf
-membantu anak anak menyebut huruf mengikut makhraj yang betul.poster yg sangat berguna untuk anda dan juga anak-anak anda

8.Panduan Amali Solat
-bila anak dah pandai mengaji, mesti ajar anak solat.Buku amali ini adalah panduan yg berguna untuk ajar anak-anak anda solat

Insyaallah mudah-mudahan anak-anak kita cepat pandai mengaji dan istiqomah mengerjakan solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: