Ajar anak untuk mudah faham Bahasa Inggeris

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ibubapa hebat semua. Nak ajar anak suka belajar bahasa inggeris ni bukan perkara yang mudah dan juga bukan perkara yang terlalu sukar, hari ni saya kongsikan cara Ajar anak untuk mudah faham Bahasa Inggeris.

Kamus, memang buku yang memang wajib ada untuk kita mudah faham bahasa inggeris, Puan Nik Eliani, pengasas Buku Readeasy sendiri pun suka baca kamus. Cuba belek-belek kamus tu ada kan cara nak sebut sesuatu perkataan tu. Jadi ianya mudah.

Nak-nak sekarang ni kita dah ada kemudahan internet, boleh google bersama anak-anak untuk mencari sebutan yang betul. Saya juga suka galakkan anak-anak membaca sambil menggariskan perkataan yang anak tidak faham. Kita cari sama-sama dalam kamus yang sesuai dengan perkataan di surat khabar. Biasanya saya guna New Straits Times.

Ibubapa juga boleh belikan anak-anak buku bahasa inggeris yang simple dan mudah. Rasanya sekarang ni banyak buku-buka kanak-kanak dipasaran. Big Bad Wolf pun salah satu pesta buku yang saya dan anak-anak suka pergi. Buku-bukunya memang menarik untuk anak-anak.

Nak ajar anak mudah dan suka bahasa inggeris ni, kita pun sebagai ibubapa kenelah bersama-sama ya. Kalau kita hanya sogokkan anak dengan buku sahaja tanpa kita pun bersama mereka membaca , anak-anak akan cepat bosan.

Jadi sentiasalah membaca bersama dan dengar serta berikan semangat dan pujian diatas usaha anak-anak. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: