Buku Seronoknya Belajar di Rumah

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Macamana dengan cuti sekolah. Ramai kawan-kawan saya yang update bercuti bersama keluarga. Bagi yang hanya duduk di rumah boleh cuba gunakanĀ Buku Seronoknya Belajar di Rumah ni untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak.

Buku ini mengandungi lebih 50 aktiviti Seronok Belajar di Rumah oleh Mama Q dan anak-anak (Qaisara, Qisya dan Qayra). Kalau nak tahu ianya pernah dikongsikan di laman sosial (Instagram dan blog). Buku ini adalah gabungan aktiviti idea Mama Q sendiri dan idea asal dari Internet yang diubah suai.

Buku yang Mama Q terbitkan ini sesuai untuk anak berumur 2-8 tahun. Ini adalah antara isi kandungan buku ini..Menarikkan.

Ada banyak aktiviti yang menarik dan dapat dilakukan bersama anak-anak di rumah. Buku ini sangat praktikal kerana saiznya yang kecil dan ringan, ia mudah di bawa kemana-mana. Setiap helaiannya adalah berwarna-warni dan ceria yang membuatkan anak-anak berasa teruja untuk melakukan aktiviti di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: