Cara rangsang bayi 0-3 bulan untuk membaca awal – part 3

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Seminggu lepas kita digegarkan dengan berita yang amat menyedihkan, tak dapat saya bayangkan apa yang telah terjadi. Kita sedekahkan Al Fatihah untuk anak-anak tahfiz yang telah pergi. Hari ni saya nak sambung lagi tentang Cara rangsang bayi 0-3 bulan untuk membaca awal – part 3.

Berbual-bual dengan bayi

Menurut kajian terkini, banyak mana kita berbual-bual dengan bayi, akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti.

Banyak sebenarnya yang boleh kita bualkan dengan bayi kita. contohnya

Semasa mengemaskan bayi ” ok kita buka baju ya, satu butang, 2 butang. dan siap”

Sambil mandikan pula. ” Ini mata adik, ini hidung adik, mata ada sepasang, kiri dan kanan dan sebagainya .

Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi kita.

Oh ya diingatkan juga jangan gunakan bahasa pelat seakan-akan meniru cara bayi bercakap..gunakan bahasa tatabahasa yang betul.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari! wah banyakkan..jadi berbualah dengan anak-anak.

sumber dari readnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: