kepentingan-aktiviti-mewarna-kepada-kanak-kanak-images

Kepentingan Aktiviti Mewarna kepada Kanak-Kanak

Assalammualaikum ibu-ibu hebat semua. Salam pagi jumaat yang barakah. Alhamdulillah meniti minggu lailatul qadar..semoga kita dapat meningkatkan amal ibadah.

Biasa tak kita tengok anak kecil diusia 2 tahun mula menconteng terutama sekali jika anak-anak dapat kaler pencil atau crayon. Selain warna-warna kaler itu sendiri yang menarik minat anak-anak, mewarna juga sebenarnya banyak faedahnya. Jadi hari ni saya nak kongsikan kepentingan aktiviti mewarna kepada kanak-kanak

Aktiviti mewarna ni memang menjadi aktiviti yang mampu membuatkan anak kita fokus. Jika didalam umur 2 tahun mungkin kita akan dapat melihat bentuk atau garis-garis sahaja. Namun ianya akan berkembang dengan sendirinya.

Mari kita lihat apa kepentingan aktiviti mewarna kepada kanak-kanak

  • Kemahiran berfikir

Sewaktu mewarna anak-anak akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna, cantik ke tidak, ini menggalakan anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif

  • Kemahiran sosial dan emosi

Jika anak-anak mewarna bersama adik beradik yang lain, ia akan melatih anak-anak bersikap sabar dalam menunggu giliran untuk mendapatkan warna yang dikehendaki, selain dapat membantu anak-anak belajar mematuhi peraturan dan arahan.

  • Anak lebih Fokus

Ya anak akan lebih fokus, disebabkan mereka akan asyik dengan mewarna sambil memikirkan untuk menjadikannya lebih cantik, ini dapat membantu anak bila masuk ke alam persekolah kelak.

Kepentingan diatas adalah sebahagian yang dapat saya kongsikan. Cuma sebagai ibubapa pantaulah aktiviti mewarna anak-anak terutaman yang masih kecil. Takut juga ada yang kreatif mahu merasa warna -warna yang menarik tu 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: