fonik-cara-fitrah-mengajar-anak-membaca-images

Fonik Cara Fitrah Mengajar Anak Membaca

Assalammualaikum ibubapa hebat semua. Sekejap sahaja dah sampi minggu terakhir  dibulan ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua sentiasa didalam rahmatNya. Hari ni saya nak kongsikan tentang kaedah fonik cara fitrah mengajar anak membaca.

Ya betul, kaedah fonik gabung bunyi, ( synthetic phonics ), adalah cara paling fitrah atau natural untuk mengajar membaca. Ini kerana kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar hubungi kait di antara bunyi dan simbol. Anak-anak diajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan boleh diwakili oleh huruf atau huruf-huruf (simbol).

Mari kita lihat bagaimana kaedah fonik cara fitrah mengajar anak membaca di dalam perkembangan bahasa bayi

  • 1 bulan – waaa..bayi menangis hendak tidur, nak makan, lapar. Bayi sebenarnya sedang membuat work out peti suaranya. Nanti macam-macam bunyi lagi akan keluar.
  • 2 hingga 5 bulan – uuuu…aaaa…iiiii..bunyi paling awal yang dikeluarkan oleh bayi iaitu bunyi vokal. Disebabkan itu bunyi didalam Buku Bacalah Anakku,  kanak-kanak diajar membaca perkataan yang ada bunyi /a/, /i/, /u/ dahulu. Ini yang dikatakan fitrah dan semulajadi. Bayi juga mengeluarkan bunyi k, g, l, h ( bunyi konsonan ) seperti bunyi bbb, ddd, ppp dan mmm. Inilah peringkat ‘cooing’, ‘babbling’ dan ‘gurgling’.
  • 6 hinggan 12 bulan – Bayi mula mengeluarkan bunyi sukukata, mamama, dadada, tatat. Sebab itulah di dalam Bacalah Anakku, bunyi-bunyi /n, b, m, k / adalah di antara bunyi awal yang diperkenalkan. Seterusnya kanak-kanak dilatih menggabung bunyi suku kata terbuka dahulu. Ini yang dikatakan Fonik Cara Fitrah Mengajar Anak Membaca.
  • Diakhir 24 bulan – kanak-kanak akan mula menyebut frasa seperti ‘nak bola’ Sebab itulah anak seawal 3 tahun mampu diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

Jadi sebagai Ibubapa buatlah pilihan bijak. Memang sudang jelas bahawa kaedah Fonik Cara Fitrah Mengajar Anak Membaca.

credit: readnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: