ajar-anak-mengenal-nama-sendiri-image

Ajar Anak Mengenal Nama Sendiri

Assalammualaikum Ibubapa ceria semua. Alhamdulillah bertemu kita dipagi jumaat yang barakah ini. Tempat saya sedang hujan sekarang ni. Dah siap persiapan hari raya semua. Saya alhamdulillah dalam kesederhanaan sahaja. Hari ni nak kongsikan sedikit tentang ajar anak mengenal nama sendiri.

Perlukah kita ajar anak mengenal nama sendiri ? Ya penting. Ini adalah perkara asas sebelum melangkah ke alam persekolahan kelak. Selain itu anak juga berasa teruja dan seronok dapat menulis dan tahu nama sendiri. Anak juga akan lebih yakin terhadap diri sendiri.

Jom kita lihat bagaimana cara ajar anak mengenal nama sendiri

  1. Kad Nama – Tulis nama anak diatas kad dengan permulaan nama dengan huruf besar dan warna merah contohnya Mukmin. Tampal dinding bilik atau diruang tamu. Seeloknya gunakan kad board putih untuk lebih jelas serta sebut nama dari kiri ke kanan sambil tunjuk menggunakan jari. Galakkan anak menyebutnya bersama. Lakukannya setiap hari. Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 1 tahun 1/2 lagi.
  2. Bendera Nama – Buat bersama bendera nama menggunakan kertas dan lekatkan di straw. Buat beberapa pasu atau bekas botol minuman dan letakkan dibeberapa kawasan didalam rumah. Setiap hari galakkan anak untuk meletak bendera dimana bahagian yang disukai. Jangan lupa berikan pujian diatas tindakannya.
  3. Menekap Nama – Tulis nama anak diatas kertas dan laminate. Sediakan whiteboard marker dan plastik jernih, ajar anak menekap nama mengikut tulisan yang ibu sediakan tadi. Ini merangsang anak menulis.
  4. Menyalin Nama – Sediakan kertas A4 putih , pencil warna atau crayon. Tulis nama anak dan bagi anak peluang menyalin semula tulisan nama tadi . Biarkan anak bebas, tidak perlu mengikut line dan sebagainya. Lekatkan tulisan tadi didinding atau di pintu petiais anda.
  5. Menulis Nama – Diusia 5 tahun dan keatas pula berikan anak crayon, pencil warna , warna air dan sebagainya untuk menjadikan aktiviti menulis menjadi lebih seronok.

Bila anak di ajar mengenal nama sendiri dari awal ianya akan dapat memudahkan guru-guru apabila masuk ke darjah 1 nanti. Anak juga sudah tentu lebih yakin dan seronok.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: