membaca-buku-untuk-bayi-images

Membacakan buku untuk Bayi

Assalammualaikum dan Salam pagi jumaat ibubapa hebat semua. Selamat hari raya juga buat semua. Sekejap sahaja dan 6 hari kita berada dibulan Syawal. Hari ni saya nak kongsikan bagaimana kita nak membacakan buku untuk bayi.

Rangsangan di awal usia amat penting. Namun ianya lebih dilakukan secara santai dan tidak membebankan bayi. Ibu boleh membacakan buku untuk bayi seawal usia 2 bulan lagi.

Pilih satu dua buku tidak perlu terlalu banyak untuk dijadikan buku kegemaran bayi. Ibu boleh memilih buku yang ilustrasi bewarna terang untuk menarik perhatian bayi.

Apabila membacakan buku untuk bayi, baca dengan lantang tetapi tidak perlu menjerit selama dua tiga minit pada setiap sesi bacaan. Sekurang-kurangnya dua atau 3 kai sehari.

Tidak perlu habiskan setiap buku didalam setiap sesi, pilih muka surat yang bayi dan ibu sukakannya.

Cari masa yang sesuai , contohnya selepas selesai memandikan bayi di waktu pagi atau sebelum tidur diwaktu malan, pastikan bayi selesa, kenyang dan tidak mengantuk. Jadikan aktiviti membaca buku ini sebagai aktiviti yang seronok untuk bayi.

Ibu akan dapat melihat bayi akan mula sukakan aktiviti ini dari masa ke semasa. Jika kita tertinggal satu sesi biasanya bayi akan mula gelisah untuk melakukan rutin membaca. Jika ibu tidak sempat membacakan untuk bayi, boleh juga meminta pertolongan dari nenek atau kakak untuk membacakan kepada bayi.

sumber readnetwork

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: