Program bacaan FONIK yang bertahap dan sistematik

Bacalah Anakku dan ReadEasy adalah Program bacaan fonik bertahap dan sistematik , pendedahan pada anak sejak kecil adalah sangat baik kerana di usia 0-5 tahun adalah ‘golden age’ bagi anak-anak.

Masa ini adalah masa peka belajar mereka. Selain ajar mengaji dahulu yang utama, ajar membaca dengan bacalah anakku dan readeasy akan menjadi mudah.

Program bacaan fonik bertahap dan sistematik kerana mengikut keperluan, perkembangan serta usia anak.

Mulakan dengan kenal bunyi huruf dan seterusnya gabung bunyi. Dalam kaedah membaca, selain ajar mengeja , aspek menulis juga perlu di tekankan, agar kedua-duanya seimbang. Bahkan mengajar menulis akan membantu anak membaca dengan lebih baik.

Kaedah Fonik Gabung Bunyi adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak;
mengikut fitrah, logik dan tidak membebankan daya ingatan.

1) Langkah pertama: Kenal bunyi huruf

2) Langkah kedua:Gabung bunyi

Beberapa tips untuk guna kaedah ini :

  1. Ajar kenal bunyi huruf (ikut lagu abu ada ayam) bukan ajar huruf abc-z.
  2. Ajar bahasa melayu dahulu, jika anak dah baca buku 6-8 atau pandai membaca baru ajar bahasa inggeris .Kerana fonem/bunyi huruf bahasa melayu lebih sedikit berbanding bahasa inggeris. Tapi jika ibu-ibu nak ajar bahasa iggeris dahulu terpulang.
  3. Tips ini diberi oleh pengasas kaedah bacalah anakku dan read easy sendiri. Memang berkesan, kerana sebelum itu, saya pun memang tak tahu nak ajar anak yang mana dahulu.
  4.  Disamping ajar membaca, galakkan anak menulis. Dengan menulis banyak membantu dalam melancarkan bacaan.
  5. Pelbagaikan kaedah mengajar dengan mengajar membaca&menulis dengan menggunakan whiteboard, melukis, mewarna, buat latihan pada buku aktiviti, kraft & mengeja secara lisan semasa anak bermain atau dalam kereta.

Ini antara aktiviti anak sulung dan anak kedua  saya , Amaluddeen dan Auni. Mereka berdua boleh membaca bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta menulis pada usia 5 tahun dan 4 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: