Ajar anak membaca Quran dengan Set Al Furqan dan Kad Imbas

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu dan pengalaman saya dalam mengajar anak membaca Al Quran.

Saya ajar anak membaca Quran dengan set Al Furqan dan Kad Imbas Al Furqan. Rasanya sebagai Ibubapa sudah tentunya kita ingin anak kita pandai baca ala quran sejak kecil lagi. Kenapa Al Quran sebab saya percaya dengan perkenalkan Ilmu Al Quranlah akhlak dan sahsiah anak  mudah dibentuk.

Saya menggunakan Set Buku Al Furqan dari anak pertama. Umur anak sulung saya semasa saya beli set ini adalah 2 tahun.

Kad imbas bijak Alif ba ta tu bersepah-sepah dikerjakan anak-anak saya yang ber’main-main’ dengan kad tersebut.

Saya kongsikan sedikit tips untuk guna Flashcard Al Furqan

1) Hanya flashkan kad paling kurang sehari sekali sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Cth sendiri: Saya mula perkenalkan anak huruf hijaiyah ini paling awal semasa umur 6 bulan dengan menonton video al furqan dan imbaskan kad imbas ini. Pada mulanya kurang konsisten disebabkan tugasan harian.

2) Pastikan anak anda gembira semasa bermain dengan flashcard dan juga pastikan anda sebut huruf dalam flashcard dengan kuat, jelas dan berulang-ulang.

3) Untuk lebih berkesan, flashkan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja.

4)Bawa set kad imbas semasa anak bermain,waktu tidur atau di dalam kereta. Bile berkesempatan boleh ajak anak membaca sambil menyanyikan lagu Al -FURQAN.

Dalam mendidik anak-anak syurga ni memerlukan kita sabar dan jangan cepat marah. Biasanya anak-anak ini fokusnya tidak lama. Jadi kita kene kreatif dan banyak meluangkan masa bersama mereka. Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: