Tips bantu Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum ibu-ibu hebat semua. Alhamdulillah bertemu kita kembali dibulan ramadhan yang mulia. Kene pulak bulan puasa masa cuti sekolah, bertambah meriah.

Biasanya bila bulan ramadhan kita ni ibu-ibu terutamanya yang ada anak lebih daripada seorang , ada pula anak yang masih menyusu memang akan cepat rasa penat.

Jom saya kongsikan beberapa tips bantu ibu menyusu dibulan ramadhan supaya kekal cergas.

  • Siapkan segala tugasan seperti basuh kain, mengemas rumah dan aktiviti yang lain diwaktu malam.
  • Kurangkan aktiviti diluar rumah terutamanya di waktu cuaca panas seperti membeli belah dan sebagainya.
  • Elakkan minuman berkafein semasa sahur, ianya menjadikan kita lebih berkeinginan untuk makan.
  • Rancang aktiviti anak-anak seperti baca buku, aktiviti melukis , elakkan mereka membuat sepah.
  • Banyakkan makan buah-buahan segar dan sayuran segar ianya menambah cecair didalam badan.
  • Jangan lupa makan atau minum air jus kurma sewaktu bersahur. Ianya sangat membantu ibu-ibu didalam menambah tenaga ibu-ibu
  • Banyakkan berzikir dan bersalawat keatas Nabi Muhammad S.A.W

Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu semua kekal bertenaga sepanjang puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: