Tips Ajar anak tentang hormat

Assalammualaikum Ibubapa dan semua. Alhamdulillah dah minggu kedua ya anak-anak kesekolah. Bagi ibubapa yang baru pertama kali hantar anak kesekolah, In sha Allah banyakkan bertawakal. Hari ni saya nak kongsikan Tips Ajar anak tentang hormat.

Hormat ialah menerima orang lain tanpa menilai dan memberikan layanan yang baik. Percaya bahawa semua orang adalah sama dan perlu dilayan dengan sopan.

Sebagai ibubapa antara Tips Ajar anak tentang hormat kepada orang lain adalah seperti:

Menjadi teladan yang baik. Biasakan perkataan “tolong”, “terima kasih”, “boleh bantu”, “maafkan saya” apabila perlu dan mengikut kesesuaian.

Tetapkan peraturan dan kuatkuasaan. Jika anak melakukan kesalahan atau melakukan kesalahan tidak wajar. Terangkan dan bagi anak-anak faham apa itu perlakuan yang tidak sofan dan tidak wajar.

Ajar anak bahawa dia perlu menyimpan permainannya selepas bermain, letakkan dengan baik tanda dia sayang dan hormat pada permainannya. Tekankan bahawa ini juga menunjukkan rasa hormat kendiri kerana ia menunjukkan kasih sayang.

Setiap orang mempunya pendapat dan perbezaan tersendiri. Ajar anak untuk menghormati perbezaan tersebut dan hormat jika mereka tidak sama pendapat dengan kita.

Ajar anak untuk menjadi pendengar yang baik. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik sebagai contoh mendengar dengan rasa hormat pendapat atau luahan dari isteri atau suami.

Pupuk nilai kebaikan dan empati didalam diri anak. Bertanya pendapat anak apa yang dirasai apabila berada didalam situasi tersebut. Hormat dan akui perasaan dan pendapatnya.

Sentiasalah memberikan kata-kata perangsang dan perlu diingat bahawa komen negatif boleh meningkatkan risiko mereka untuk tidak menghormati orang lain, serta boleh merendahkan harga diri dan melemahkan semangat untuk bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: