Tips Ajar anak tentang tanggungjawab images

Tips Ajar anak tentang tanggungjawab

Assalammualaikum dan Selamat pagi ibubapa dan semua. Pastinya kita ada sibuk sedikit terutama sekali bagi ibubapa yang anak pertama sekali ke sekolah. In sha Allah banyakkan berdoa dan bertawakkal. Hari ni saya nak kongsikanĀ Tips Ajar anak tentang tanggungjawab.

Selain kita ibubapa mengajar anak membaca, menulis dan sebagainya, kita juga perlu ingat bahawa kita juga perlu memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kita. Belajar mengenai tanggungjawab, jujur, bertimbangrasa dan sebagainya.

Bertanggungjawab itu adalah boleh dipercayai, jujur, boleh diharap dan komited terhadap sesuatu.

Antara Tips Ajar anak tentang tanggungjawab ialah :

Bantu anak memahami setiap tindakan dan kesan perbuatannya. Contohnya seperti jika baran permainan tidak dikemas, kita mungkin akan cedera terpijak akibat daripadanya.

Sentiasa tegas dan berdisiplin didalam peraturan. Tanggunjawab juga merupakan perakuan diri. Anak perlu menerima kesan dan akibat setiap tindakan , percakapan dan perbuatannya.

Tidak perlu sentiasa memenuhi kehendak anak-anak. Mereka perlu belajar bertoleransi dengan sedikit kekecewaan, sikap tidak mementingkan diri, serta memahami bahawa tidak semua kehendak akan dapat dipenuhi.

Membina keupayaan dan kepercayaan diri anak-anak. Apabila anak yakin dengan boleh mengatasi sesuatu cabaran dan mampu memberikan sumbangan, anak-anak akan lebih cenderung melakukan kewajipan mereka dengan lebih gembira.

Menanam kejujuran dihati anak-anak bukan perkara yang mudah. Anak-anak takut jika mereka jujur akan dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan. Ibubapa perlu bertenang, dan lemah lembut bila bercakap tentang ketidakpuashati terhadap tingkahlaku tersebut.

Ibubapa perlu menjelaskan setiap orang melakukan kesilapan dan perlu jujur mengakui serta memperbaikinya kesilapannya dan paling penting puji sikap jujur anak-anak jika mereka mengaku melakukan kesilapan atau tingkahlakunya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: