Tips Bantu Anak Kuatkan Otot Mulut

Tips Bantu Anak Kuatkan Otot Mulut

Kalau nak tahu , senaman mulut ni bukan bermaksud bersenam macam kita buat biasa tu. Senaman mulut ni penting untuk membantu anak yang ada masalah pertuturan atau belum dapat sebut bunyi dengan betul.

Senaman ni juga dapat membantu anak mengatasi masalah air liur melelah. Antara senaman yang boleh kita lakukan bersama anak ialah :

Meniup belon bersama, meniup wisel atau pun peralatan muzik seperti seruling, harmonika dan sebagainya

Boleh juga beli belon buih atau buat je sendiri. Anda google je , dan cuba buat . Lagi banyak dapat dan boleh bermain bersama dengan anak di rumah

Gunakan juga Straw yang besar dan tiup bersama anak. Ambil kapas bentukkan bulat-bulat dan lumba tiup bersama.

Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Selain menyeronokkan malah ia dapat membantu anak-anak kita. Selamat mencuba

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: