Tips Rangsangan Motor untuk Bayi

Tips Rangsangan Motor untuk Bayi

Dizaman teknologi dan semua nak cepat ni, kadang-kadang kita terlalu mengongkong pergerakan bayi kita. Contohnya semasa bayi lagi dah belikan buai, walker, stroller dan sebagainya.

Natijahnya pergerakkan anak menjadi terbatas dan hilang daya fokus dan memberikan kesan didalam membaca dan menulis kelak. Jadi ibubapa kenelah lebih memberikan perhatian untuk anak meneroka alamnya sendiri

Antara Tips Rangsangan Motor untuk Bayi ialah

  • Biasakan dodoikan atau buaikan anak dengan tangan , biar anak dapat merasa kehangatan lengan dan tangan kita
  • Sentiasa mengubah tempat semasa bayi baring atau meniarap. Gantungkan mobile atau berikan permainan yang lembut dan selamat untuk anak ramas dan genggam
  • Biarkan bayi mengesot perlahan-lahan. Umpan dengan permainan yang dapat menariknya untuk lebih cepat bergerak
  • Semasa anak sudah pandai duduk, berikan dia perbagai bentuk permainan , kalau boleh berikan buah atau sayur yang real bersesuaian.
  • Beri anak peluang untuk melompat. Diatas tilam, pasir, rumput, carpet dan sebagainya
  • Biarkan bayi anda merangkak. Lebih kreatif buatkan ruang daripada kotak sambil bermain cak-cak.
  • Beri peluang anak berjalan. Bawa anak berjalan diberlainan permukaan. Pasir, rumput, air. Yang penting pastikan keselamatnya. Boleh juga letakan halangan untuk anak lebih fokus dan peka.

Janganlah kita terlalu bergantung kepada peralatan semata-mata. Biarkan anak bebas meneroka dan belajar secara semulajadi.

Gambar sumbangan google

Artikel sumber : https://cepatmembaca.blogspot.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: