Senaman Mulut untuk Anak

Assalammualaikum ibubapa hebat semua. Alhamdulillah..sekejap sahaja kita dah masuk ke bulan ogos, bulan kemerdekaan. Hari ni saya nak kongsikan senaman mulut untuk anak. Ianya untuk anak-anak kita yang ada speech problem atau belum dapat sebut bunyi-bunyi ( speech sounds ) dengan betul. Senaman ini boleh membantu memperkuatkan otot mulut anak-anak di samping mengatasi masalah drooling ( air liur meleleh ).

Antara Senaman Mulut untuk Anak ialah :

Tiup buih belon (bubble)

Tiup belon, wisel, harmonika dan alat muzik yang lain

Main tiup kapas dengan mulut, dan juga straw besar

Makan yoghurt, bubur, puding lembut, nestum dengan straw. Straw besar, straw kecil, straw spiral.

Mengunyah tiub plastik (pastikan non toxic ya) atau beli teething toy. Sesetengah occupational therapist cadang letak objek ini di dalam peti sejuk sekejap.. Lagi uuump kunyah-kunyah, gigit-gigit.

senaman di atas juga dikenali sebagai oral-motor therapy. Selamat mencuba.

Sumber : Puan Nik Readnetword

gambar google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: