Sifat Ingin Tahu Anak-Anak images

Sifat Ingin Tahu Anak-Anak

Assalammualaikum Ibubapa semua. Alhamdulillah selesai sudah tanggungjwab kita sebagai rakyat malaysia. Semoga Malaysia terus aman dan maju. Hari ni saya nak kongsikanĀ Sifat Ingin Tahu Anak-Anak.

Kanak-kanak memang mempunyai sifat meneroka dan minat untuk mengetahui dan mempelajari setiap benda disekeliling mereka. Oleh yang demikian sebagai ibubapa kita haruslah menyokong sifat ingintahu mereka dan seterusnya membantu mereka.

Berilah pendedahkan kepada mereka tentang pengalaman baru melalui pembacaan, aktivit luar dan pelbagai permaianan. Galakkan juga mereka bertanya dan bantu mereka mencari jawapannya.

Antara cara menggalakkan sifat ingin tahu anak ialah :

  • Melalui Alam Semulajadi

Contohnya bawa anak berjalan-jalan dikampung halaman yang dekat dengan alam semulajadi. Ada hutan, pasir , air tejun dan sebagainya

  • Muzium, Akuarium, Pusat Sains dan lain-lain

Bawalah anak bersama melawat tempat-tempat bersejarah, artifak dan makhluk, alam semesta, hidupan air dan lain-lain.

Permainan

Biarkan anak bermain dan bertanya tentang permainan tersebut. Contohnya bermain bongkah, lego dan sebagainya.

Gambar sumber google

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: